Rekabentuk yang Kukuh, Kemas dan Menarik
Rekabentuk MAQRA' adalah berasaskan rekabentuk Islam Moden di samping mengekalkan kualiti yang setaraf dengan peredaran rekabentuk masakini. Dengan permukaan bacaan yang menggunakan plywood yang licin, di sekelilingnya pula diselaputi dengan kemasan kulit buatan yang serasi dgn corak yang begitu menarik.
Lihat: Animasi

Luas Permukaan yang Besar
Luas permukaan yang besar, mampu memberikan lebih keselesaan kepada pengguna. Selain dari tujuan asalnya iaitu sebagai tempat meletakkan buku dan kitab ketika sesi bacaan dan pembelajaran, ciri ini juga mampu memberikan pengguna alternatif penggunaan MAQRA' sebagai tempat menggunakan komputer riba.
Lihat: Animasi

Boleh Dilipat
Ciri boleh lipat ini secara tidak langsung memudahkan pengguna untuk membawanya ke mana-mana. Malah di dalam keadaan berlipat ini juga, MAQRA' mampu menjimatkan ruang ketika disimpan apabila tidak digunakan.
Lihat: Animasi

Aplikasi Tambahan
Selain dari keluaran biasa, pihak Idealisme Designs juga berusaha untuk mempelbagaikan ciri-ciri sedia ada MAQRA'. Bagi pengguna yang mengharapkan penggunaan MAQRA' yang maksima, pengguna boleh mendapatkan versi terbaru MAQRA' yang mempunyai tempat penyimpanan buku dan kitab kecil. Secara tidak langsung, MAQRA' berfungsi sebagai 'beg bimbit' anda!!

